MENGENAI DRRESD

Kepakaran kami ialah membantu anda mengatasi masalah resdung yang mengganggu kehidupan anda dengan kaedah terapi inovasi Bio-Herba dRResd. Kami memperkenalkan teknik terapi resdung yang unik & tersendiri yang dikenali sebagai terapi inovasi bioherba 8 Dalam 1 yang menggabungkan 8 jenis terapi alami dalam satu pakej. Konsep terapi berasaskan kepada 100% kaedah alami, herba semulajadi, tanpa bahan kimia dan tanpa kesan sampingan.

Kami juga membantu orang ramai menyingkirkan toksin & angin berlebihan dalam tubuh badan dengan kaedah bekam klinikal mengikut garispanduan bekam Kementerian Kesihatan Malaysia.

dRResd Natural Therapy merupakan jenama (cap dagangan) yang berdaftar dengan MyIpo (Perbadanan Harta Intelek Malaysia) dan merupakan sebuah syarikat bumiputera yang ditubuhkan sejak tahun 2010 lagi, kami telah membantu lebih daripada 10,000 orang pelanggan dalam mengatasi masalah resdung yang membelenggu kehidupan mereka di seluruh Malaysia. Kami menawarkan terapi resdung bioherba secara berpakej, 8 terapi dalam 1 sesi untuk memberi kesan perubahan yang lebih holistik dan yang paling penting dapat melegakan pernafasan. Hubungi pusat terapi kami di talian utama 013-3371033 / 011-28548683 untuk konsultasi mengenai masalah resdung anda secara PERCUMA dan pemeriksaan resdung bioherba secara PERCUMA. Dapatkan juga dari agen terapis berdaftar di seluruh Malaysia.

Para terapis kami terdiri daripada para pengamal naturopathy berpengalaman yang berdaftar dengan Persatuan Pengamal Utama Perubatan Naturopathy Malaysia yang bernaung di bawah badan pengamal PTK, Federation of Complementary & Natural Medicine Associations, Malaysia (FCNMAM), Badan Pengamal yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Para pengamal bekam kami juga berdaftar dengan Persatuan Perubatan Islam Hijamah Malaysia (PERHIJAM) yang bernaung di bawah badan pengamal PTK, Gabungan Pertubuhan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu Malaysia (GAPERA), Badan Pengamal yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Kepuasan anda, Keutamaan kami”

 

logo2xgroup staff drresd

VISI KAMI

Menjadi sebuah rangkaian pusat kesihatan natural & holistik (Naturopathy & Holistic Centre) ternama yang menawarkan perkhidmatan rawatan terapi alami, komplementari dan produk-produk kesihatan & kecantikan yang lengkap, sentiasa memenuhi kehendak pelanggan dan mendapat kepuasan pelanggan dengan suatu penjenamaan yang lebih moden dan profesional yang dikenali sebagai dRResd Natural Therapy.

OBJEKTIF KAMI

  • Membantu orang ramai mendapatkan produk-produk dan rawatan perubatan natural alami (naturopathy) dari lokasi yang berdekatan dengan harga yang berpatutan.
  • Membantu menjadi alternatif supaya orang ramai dapat menghindar dari pengambilan perubatan yang berasaskan dadah dan bahan kimia berbahaya.
  • Membantu orang ramai mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan profesional Membantu orang ramai supaya lebih memahami, mengetahui dan mendalami khazanah herba, tumbuhan alami yang berguna untuk terapi dan penjagaan kesihatan.
  • Membantu melahirkan usahawan-usahawan baru yang dapat menjadi penyumbang kepada agama,bangsa dan negara.

Pg2 Siapa kami booklet seminar copy

VIDEO DRRESD